Nyaris hilang kaki kanan selepas digilis van pelancong

Nurbasheera Qaseh Damia menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Nurbasheera Qaseh Damia menerima rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pauh di sinilah nyaris kehilangan kaki kanan setelah digilis van pelancong dari Thailand di Kampung Rahmat semalam.

Kejadian sekitar jam 11 pagi itu mengakibatkan Nurbasheera Qaseh Damia Mohd Irfan Mohidin mengalami kecederaan parah di bahagian tempurung lutut dan jari kaki kanannya.

Ibunya, Faezah Ahmad, 37, berkata, sebelum kejadian Nurbasheera ada memberitahu dia mahu menemani sepupunya untuk mandi di rumah nenek mereka.

"Suami saya telah mengawasi mereka sepanjang melintas jalan bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan baik," katanya.

Menurutnya, dia difahamkan Nurbasheera yang ketika itu sedang bermain kejar-kejar dengan sepupunya telah terlajak lalu masuk jalan utama.

Katanya, ketika itulah Nurbasheera dilanggar van pelancong sehingga dia rebah dan kaki kanannya terperosok serta digilis van tersebut.

"Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, saya dan suami bertindak pantas dengan membawa Nurbasheera ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk rawatan lanjut.

Faezah berkata, anaknya itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Artikel Berkaitan: