Lebar sayap ke Pengerang

No Image Caption
A
A
A

GHAZRIN'S Budget Hotel meluaskan sayapnya dengan membuka cawangan terbaharu terletak di Taman Rengit Sentral, Pengerang, sejak hujung bulan Mei lalu.

Terletak berdekatan dengan pusat peranginan terkenal di Johor seperti Desaru dan Tanjung Balau, Ghazrin’s Hotel Pengerang menjanjikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pengurusnya, Ghazrin Hafizi Ghazali berkata, buat masa ini, kira-kira 30 buah bilik sudah dibuka untuk ditempah oleh para pengunjung yang ingin menginap dan bercuti di kawasan Pengerang.

“Secara keseluruhan, Ghazrin’s Hotel Pengerang ini bakal menawarkan 100 buah bilik untuk para pengunjung menjelang hujung tahun ini. Ia bertepatan dengan citarasa pengunjung yang datang berkeluarga dan berpasangan.

No Image Caption

“Dengan harga yang berpatutan, ia pasti menjadi tarikan kepada para pengunjung tidak kira dari negeri mahupun negara ini, malah dari luar negara untuk berkunjung ke sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.

Ghazrin Hafizi berkata, uniknya Ghazrin’s Hotel Pengerang, keluasan bagi setiap bilik adalah lebih luas berbanding rangkaian cawangan hotel bajet milik Ghazrin’s.

Katanya, cawangan baharu itu dijangka dapat memberikan ketenangan, keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung yang menginap pada harga berpatutan serendah RM68.

Artikel Berkaitan:

“Kami sedang membuat promosi berkaitan Ghazrin’s Hotel Pengerang di media sosial terutama Facebook yang mana pengunjung boleh melihat sendiri harga unit bilik ditawarkan.

“Antara bilik yang ditawarkan adalah single room with shared bathroom, single room with bathroom, deluxe queen room, superior queen room, superior family room, superior queen room dan superior family room,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut, boleh melayari Facebook Ghazrin’s Budget Hotel atau hadir sendiri ke Ghazrin’s Hotel Pengerang di No. 6 & 7, Jalan Rengit 1/1, Taman Rengit Sentral, Pengerang.

No Image Caption