Beza budaya orang Afrika dengan penduduk tempatan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengambil pekerja asing dari Afrika bagi menampung keperluan tenaga pekerja asing dalam sektor perladangan pada masa akan datang.

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, terdapat perbezaan dari segi budaya dan sosial yang berbeza antara orang-orang Afrika dengan penduduk tempatan.

"Kita merasakan pekerja dari Afrika akan menimbul masalah sosial dan ini sudah tentu tidak baik untuk negara kita, malah cadangan ini dilihat lebih banyak bawa kesan negatif dari segi jenayah dan sosial.

"Selain itu, kita dapat lihat cara orang-orang Afrika ini lebih kasar dengan pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

No Image Caption

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk mengambil pekerja asing dari Afrika kerana pekerja asing dari Vietnam dan Indonesia tidak mahu lagi datang untuk bekerja di negara ini disebabkan gaji yang diterima tidak jauh berbeza dengan negara asal.

Dalam pada itu, Shamsuddin berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang cadangan tersebut oleh pihak kementerian dan berharap supaya perkara itu tidak dibangkitkan langsung.

"Majikan-majikan di negara ini tidak akan menyokong cadangan ini dan sebaiknya pihak kementerian tidak meneruskan cadangan untuk mengambil pekerja dari Afrika," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau meminta supaya kerajaan terus berusaha untuk memastikan masalah tenaga pekerja asing ini dapat diselesaikan dengan segera.

"Kita juga mahu kerajaan mempercepatkan proses automasi supaya penggunaan tenaga kerja dapat dikurangkan kerana sebaiknya penggantungan terhadap pekerja asing perlu dielakkan," katanya.