Sungai Semenyih selesai 89 peratus pulih

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEMENYIH - Bekalan air yang terjejas bagi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mencapai 89 peratus pulih sehingga jam 6 petang tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan pemulihan keseluruhan selesai selewatnya jam 6 pagi esok.

Menurutnya, Sepang mencatatkan 95 peratus pulih dengan berbaki tiga kawasan iaitu Precint 14, 15 dan 16 yang masih menghadapi gangguan bekalan air.

"Kuala Langat mencapai 93 peratus pulih. Kawasan yang masih terjejas Sungai Kelambu, Telok Mengkuang dan Taman Dato Hormat.

"Kawasan Hulu Langat yang masih terjejas antaranya Pangsapuri Kristal Villa, Kelisa Ria Sungai Tangkas, Villa Tropika Sungai Tangkas, Bangi Golf, Green Villa, Heritage The Mines, Perindustrian Bangi Seksyen 13 dan lain-lain," katanya.

Sementara bagi kawasan Petaling menurutnya mencatatkan pemulihan 80 peratus dengan kawasan yang masih mengalami gangguan antaranya Apartment Bayu, Apartment Megaria, Bandar Puchong Utama, Bandar Puteri Puchong Bukit Serdang, Desa Desaminium, Hospital Serdang dan Institut Pertanian Serdang.

Beliau berkata, Air Selangor dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan dalam masa sama bantuan lori tangki air diteruskan sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Pelanggan boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my dan aplikasi Air Selangor untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan: