Mayat warga emas ditemukan tangan, kaki terikat

Seorang warga emas ditemukan maut di sebuah bilik di tingkat dua rumah anaknya dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Seorang warga emas ditemukan maut di sebuah bilik di tingkat dua rumah anaknya dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
A
A
A

SUNGAI DUA - Seorang warga emas ditemukan telah meninggal dunia dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di dalam salah sebuah bilik rumahnya di Taman Merbau Jaya, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berusia 71 tahun itu ditemukan oleh anaknya kira-kira jam 4.25 petang dengan lengkap berpakaian di tingkat atas rumah dua tingkat tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa telah disamun sebelum dibunuh berikutan terdapat beberapa kesan darah di tingkat bawah sehingga ke tingkat atas rumah berkenaan.

"Polis menerima panggilan kecemasan pada jam 4.37 petang dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian. Pemeriksaan mendapati, mangsa telah meninggal dunia dengan kaki dan tangannya diikat menggunakan kain dipercayai pakaian mangsa.

"Selain itu, terdapat kesan kecederaan pada peha dan belakang badan dipercayai dikelar dengan senjata tajam. Siasatan juga mendapati, ada beberapa kesan darah di tingkat bawah sehingga ke tingkat atas rumah tersebut.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di sebuah bilik di tingkat dua rumah anaknya.
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya terikat di sebuah bilik di tingkat dua rumah anaknya.

"Kemungkinan berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sebelum dia diheret ke tingkat atas lalu dibunuh. Kita masih menyiasat punca kematian mangsa dan barangan yang hilang," katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian tadi.

Beliau berkata, mangsa tinggal berseorangan di rumah anaknya itu sejak tiga tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Setiap hari, anaknya akan akan datang melawat mangsa setiap jam 3 atau 4 petang. Bagaimanapun hari ini, anaknya terkejut apabila mendapati ada kesan darah dalam rumah mangsa.

"Kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di rumah ini dan rumah berdekatan.

"Mangsa dikatakan kali terakhir dilihat pada jam 4 petang semalam. Dia dipercayai telah meninggal dunia lima hingga enam jam lalu," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan di rumah mangsa.
Polis sedang menjalankan siasatan di rumah mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.