Penunggang motosikal maut digilis lori

Gambar penunggang motosikal maut digilis lori yang tular di media sosial tengah hari tadi.
Gambar penunggang motosikal maut digilis lori yang tular di media sosial tengah hari tadi.
A
A
A

PUCHONG - Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragik apabila sebahagian anggota badannya hancur diseret sebuah lori dalam kemalangan di KM24.2 Lebuhraya Damansara Puchong tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian pada jam 1.50 tengah hari itu, mangsa menaiki motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Puchong Jaya ke Putrajaya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori terbabit berlanggar dengan motosikal dinaiki mangsa menyebabkannya terseret dan tersepit di bawah kenderaan berat itu.

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tengah hari tadi.
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan dengan sebuah lori tengah hari tadi.

“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar depan lori.

"Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Serdang.

“Laluan lebuh raya yang ditutup dibuka semula kepada pengguna kira-kira jam 3.45 petang,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: