Lelaki mangsa serangan beruang disangka mumia

No Image Caption
A
A
A

RUSIA - Seorang lelaki terselamat dari maut selepas diheret ke gua oleh seekor beruang.

Lelaki dikenali Alexander dipercayai mangsa serangan seekor beruang sejak sebulan lalu hingga mengalami patah tulang belakang.

Difahamkan, sepanjang berada dalam gua, dia meneruskan hidup dengan meminum air kencingnya sendiri.

Menerusi Daily Mail, dia ditemukan oleh sekumpulan pemburu Rusia sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Pada awalnya, sekumpulan pemburu menyangkakan Alexander itu adalah mumia.

Menerusi satu rakaman video memaparkan badan, wajah Alexander, hanya tinggal tulang dan terdapat juga kesan darah sudah kering, kotoran pada kulit berwarna putih itu.

Matanya juga kusam dan tidak mampu dibuka namun menurut doktor, dia boleh menggerakkan tangan tetapi sukar bertutur kerana keletihan melampau.

Doktor memberitahu, Alexander disifatkan sebagai satu keajaiban kerana terselamat dan masih bertahan selepas mengalami hari-hari sukar.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, lokasi mangsa ditemukan tidak didedahkan. - Daily Mail