Senarai individu terima wang 1MDB belum dimuktamadkan

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemuda Pas diingatkan supaya tidak terlalu cepat membuat andaian awal kerana senarai saman sivil pelucuthakan yang sebelum ini mempunyai 41 nama individu dan entiti yang diarahkan supaya memulangkan wang 1MDB masih belum dimuktamadkan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, senarai yang diumumkan itu hanyalah sebagai permulaan kerana masih terdapat nama lain yang belum diumumkan.

"Masih ada nama lain yang belum diumumkan. Kami tahu bahawa Penang Free Club juga tidak berada dalam senarai itu tetapi kami tahu ia adalah juga antara penerima dana 1MDB. Kelab itu telah mengaku dan mereka akan membayar balik.

"Jangan fikir kamu boleh terlepas jika nama kamu tidak berada dalam senarai pertama," katanya menerusi satu laporan yang dipetik daripada sebuah portal berita dalam talian di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khirudin, menggesa mana-mana individu termasuk dalam kalangan menteri kerajaan persekutuan memohon maaf secara terbuka kepada parti itu kerana "memfitnah" parti itu menerima dana daripada 1MDB.

Pada 21 Jun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Ia dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) dan disifatkan saman pelucuthakan terbesar dalam sejarah negara.

Artikel Berkaitan: