Tiada penangguhan dalam pemilihan Bersatu

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada penangguhan dalam pemilihan Bersatu sebaliknya ia akan diadakan lebih awal.

Beliau berkata, pemilihan Bersatu perlu diadakan lebih awal kerana pentadbiran parti itu ketika ini adalah berasaskan kepada pemimpin yang dilantik.

“Tak tangguh (pemilihan). Kita berpendapat, amat penting untuk kita mengadakan pemilihan lebih awal kerana didapati pentadbiran sekarang ini berasaskan kepada pemimpin yang dilantik," katanya pada sidang media selepas melancarkan Dasar Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita hari ini bahawa Bersatu sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan pemilihan kepimpinan partinya yang pertama untuk menyelesaikan pendaftaran beberapa cawangannya.

Menurut laporan itu, pemilihan parti yang sepatutnya dilangsungkan tahun ini perlu ditangguhkan bagi memastikan semua cawangan terlibat didaftarkan secara sah mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Artikel Berkaitan: