X

Kindly register in order to view this article
!

Pulangkan aset jika tidak mampu jana keuntungan

Mazlan Aliman - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) mahu syarikat FGV Holdings Bhd (FGV) memulangkan kembali tanah dan aset yang dipajakkan kepada mereka jika masih gagal menjana keuntungan.

Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, perkara itu sudah lama dibangkitkan peneroka supaya aset tersebut dikembalikan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

“Yang penting kembalikan tanah seluas 350,000 hektar dan kilang-kilang minyak sawit. Aset lain jika FGV mahu uruskan mereka boleh ambil.

“Kerajaan mesti serius untuk pertimbangkan rayuan masyarakat Felda dan NGO. Saya yakin jika ini dapat dilakukan Felda akan pulih seperti dahulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pemegang saham FGV iaitu Felda, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menolak resolusi membabitkan bayaran yuran dan manfaat kepada pengarah syarikat tersebut.

Mazlan berkata, tindakan itu dilihat sebagai satu isyarat kepada pihak FGV supaya memastikan syarikat berkenaan dapat menjana keuntungan berdasarkan arahan daripada pemegang saham.

“Tetapi dalam konteks kami, pemegang saham yang paling utama ialah peneroka Felda, jadi jika mereka tidak dapat sebarang manfaat mengapa perlu lembaga pengarah ini dibayar yuran mereka.

“Saya fikir isyarat ini jelas dan FGV faham apa yang perlu mereka lakukan. Saya ada dengar orang kata kalau tidak dibayar maka mereka (lembaga pengarah) perlu step down tetapi bagi saya ini menunjukkan tiada lagi alasan, sebaliknya mereka perlu buktikan kemampuan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!