Hanya CPR mampu selamatkan mangsa serangan jantung

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bantuan kecemasan menerusi Pernafasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) merupakan kaedah terbaik untuk menyelamatkan seseorang yang diserang sakit jantung.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, kaedah CPR ialah dengan memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan bantuan jantung melalui kaedah menekan dada.

Katanya, jika seseorang itu hanya pengsan dan diserang sawan, cukup sekadar dengan meluruskan leher iaitu saluran trakea sehingga ambulans sampai di lokasi kejadian.

"Jadi jika benar mangsa pengsan dan mengalami masalah fungsi jantung atau paru-paru, mereka harus diberikan bantuan CPR yang merangkumi bantuan pernafasan mulut ke mulut dan menekan dada dengan kadar dan cara yang betul," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman video tular memaparkan seorang lelaki yang tiba-tiba pengsan ketika menonton wayang dan disyaki mengalami serangan jantung.

Lelaki itu dibantu oleh seorang tabib Cina dengan cara menepuk-nepuk kedua-dua pelipat, lengan, bahagian atas siku kira-kira dua minit bagi menyedarkan mangsa.

Menurut kenyataan yang dikongsikan bersama video itu, ketiga-tiga titik sentuhan mempunyai hubungan terus dengan jantung dan paru-paru.

Seseorang mangsa akan meninggal dunia jika orang sekeliling tidak mengetahuinya dan gagal memberikan pertolongan cemas kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Zubaidi menjelaskan, perbuatan atau tindakan tersebut bukan amalan yang biasa dilakukan dalam bidang perubatan bagi mereka yang mengalami serangan jantung.