Sembilan saman tiada lesen motosikal

Tujuh saman turut dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai topi keledar.
Tujuh saman turut dikeluarkan atas kesalahan tidak memakai topi keledar.
A
A
A

KUALA NERUS - Tahap kesedaran terhadap pematuhan aspek keselamatan khususnya kepentingan mempunyai lesen motosikal dalam kalangan pelajar dan ibu bapa di daerah ini masih kurang memuaskan.

Penolong Pengarah Bahagian Risikan Dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Muhamad Nazri Hamzah berkata, dalam satu operasi dijalankan di sebuah sekolah, sebanyak 21 saman dikeluarkan dan daripada jumlah itu, sembilan saman adalah kerana kesalahan tidak mempunyai lesen motosikal.

Beliau berkata, ia juga berpunca daripada sikap segelintir ibu bapa atau penjaga tidak mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan mematuhi undang-undang jalan raya menyebabkan masalah tersebut berlaku.

"Kita akan terus melaksanakan pematuhan peraturan jalan raya di kalangan ibu bapa bagi memberi kesedaran kepada golongan tersebut kerana mereka memainkan peranan dan tanggungjawab yang besar.

21 saman kerana pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam satu operasi JPJ di kawasan sebuah sekolah di Kuala Nerus hari ini.
21 saman kerana pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam satu operasi JPJ di kawasan sebuah sekolah di Kuala Nerus hari ini.

"Ini kerana, pendidikan mengenai perkara berkenaan juga bermula dari rumah dan mereka perlu menunjukkan contoh yang baik serta menasihati anak-anak untuk mengikut peraturan," katanya hari ini.

Sebelum itu, satu operasi dijalankan melibatkan sekumpulan anggota dan pegawai peronda JPJ Negeri Terengganu berdekatan sebuah sekolah di Bukit Tok Beng di sini, pada awal pagi ini.

Beliau berkata, antara kesalahan lain yang dikenal pasti dalam operasi itu ialah tidak memakai topi keledar (7), memandu di bawah umur (2), cukai jalan tamat tempoh (2) selain nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (1).

Artikel Berkaitan: