Pengarah Eksekutif Utusan Melayu letak jawatan

Utusan Melayu (M) Berhad
Utusan Melayu (M) Berhad
A
A
A

KUALA LUMPUR – Utusan Melayu (M) Berhad mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Eksekutifnya Datuk Dr Ibrahim Yahaya berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata Ibrahim meletak jawatan berkenaan kerana terikat dengan komitmen peribadi.

Ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut, Ibrahim secara ringkas berkata "bukan dari saya (pengesahan). Saya akur kepada peraturan Bursa. Ia sebuah syarikat senaraian awam”.

Utusan Melayu pada 13 Disember lepas mengumumkan pertukaran jawatan Ibrahim Yahaya daripada Pengarah Bebas kepada Pengarah Eksekutif.- Bernama

Artikel Berkaitan: