Polis siasat kes dua pelajar sekolah hilang

Perkongsian di media sosial mengenai dua pelajar hilang sejak semalam. Gambar kanan: Mohd Adam
Gambar kecil: Mohd Fairus
Perkongsian di media sosial mengenai dua pelajar hilang sejak semalam. Gambar kanan: Mohd Adam Gambar kecil: Mohd Fairus
A
A
A

PONTIAN - Tindakan awal mengesan pasangan adik-beradik yang merupakan pelajar sekolah telah dilakukan polis sementara menunggu laporan kehilangan dibuat oleh bapa pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata polis telah berhubung dengan ayah pelajar terbabit supaya tampil membuat laporan polis agar tindakan awal dapat dibuat bagi mengesan pelajar berkenaan.

“Polis tetap cuba mengesan pelajar terbabit setelah mendapat maklumat awal dari bapa pelajar terbabit,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tengah hari tadi.

Dua pelajar yang merupakan pasangan adik beradik itu ialah Mohd Fairus Mohd Taufiq, 12 tahun dan abangnya, Mohd Adam Mohd Taufiq, 16.

Terdahulu, tular perkongsian di media sosial tentang kehilangan dua pelajar pasangan adik-beradik yang tidak sampai ke sekolah dan tidak pulang ke rumah mereka di Taman Megah, semalam.

Pasangan adik-beradik yang berpakaian sekolah itu dilihat kali terakhir menaiki kereta Exora berwarna putih pada pagi semalam di Taman Megah.

Sinar Harian menghubungi keluarga dua pelajar terbabit tengah hari tadi, namun ibu bapa pelajar berkenaan meminta diberikan masa dan ruang sebelum membuat sebarang kenyataan di akhbar.

Artikel Berkaitan: