Penarafan Moody's tak semestinya tepat

Tun Dr Mahathir hadir pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir hadir pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan Moody’s Investors Service menurunkan penarafan penerbit domestik dan mata wang asing senior tidak bercagar Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kepada A2 daripada A1 tidak semestinya tepat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata keputusan agensi penarafan tersebut tidak akan menjejaskan operasi syarikat pengeluar minyak negara, dan Moody’s bebas membuat penilaian mereka.

“Tetapi, apa yang kita lihat, (berdasarkan apa) yang Petronas sedang buat sekarang ini, kita yakin ‘penurunan’ itu tidak akan menjejaskan progres Petronas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Minyak dan Gas (AOGC) 2019 hari ini.

Moody’s turut mengubah unjuran Petronas kepada ‘stabil’ daripada ‘negatif’ dan ia menjelaskan bahawa metrik kredit syarikat minyak negara kekal kukuh, namun diberikan penarafan yang lebih disebabkan semakan semula metodologi silang sektor.

Ia turut melaporkan bahawa hubungan rapat antara kerajaan Malaysia (stabil A3) dan Petronas, berdasarkan metodologi yang disemak semula itu, tidak boleh menyokong penarafan bagi Petronas, iaitu dua kedudukan lebih tinggi berbanding negara Malaysia.

Hubungan Petronas dengan Malaysia mewujudkan potensi campur tangan kerajaan yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap profil perniagaan atau aliran tunai syarikat. - Bernama

Artikel Berkaitan: