Peguam Mohamed Azmin enggan layan cabaran Haziq

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, N Surendran menjelaskan pihaknya tidak akan bertindak terhadap pihak yang hanya ingin mencari perhatian berhubung kes penyebaran video mirip mirip seorang menteri Kabinet.

"Kami tidak akan bertindak atau respons terhadap pihak yang ingin mencari perhatian. Semua maklum balas berkaitan undang-undang akan dilakukan menurut apa yang kami rasa perlu dan mengikut masa yang ditetapkan tanpa melibatkan pihak lain," katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitternya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas sebuah akhbar melaporkan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mencabar Mohamed Azmin untuk mengambil tindakan saman dan membuat laporan polis terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Sulit Timbalan Menteri buat dakwaan terlibat dalam klip video seks

Pada 12 Jun lalu, Haziq yang merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat pengakuan mengejutkan apabila bersumpah dia ialah individu dalam klip video intim bersama seorang lelaki mirip seorang menteri Kabinet.

Haziq, 27, memuat naik video pengakuan itu berdurasi 30 saat itu di akaun Facebooknya dan turut menamakan seorang menteri yang juga pemimpin kanan sebuah parti kerajaan terlibat.

Dia mengakui perlakuan itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Sandakan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini...’ – Azmin

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada 13 Jun, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam terhadapnya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR telah mengarahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta terhadap pelaku lain.