Tasha timang anak pertama, Amar Asyraf dapat anak kedua

Tasha Manshahar
Tasha Manshahar
A
A
A

PENYANYI Tasha Manshahar dan Raqib Majid selamat menimang cahaya mata sulung hari ini.

Menerusi perkongsian yang di buat di kedua-dua Instagram pasangan ini, Tasha mendapat cahaya mata lelaki.

Malah bekas bintang Akademi Fantasia 9 (AF9) itu berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan anak dan isterinya.

“Alhamdulilah. Terima kasih isteriku sayang Tasha Manshahar. Selamat datang anakandaku.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Terima kasih kepada semua uncle, aunty kat instagram ni sebab doakan anak sulong saya dan Tasha,” tulisnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Amar Asyraf
Amar Asyraf

Sementara itu pelakon berbakat besar, Amar Asyraf memberitahu telah selamat menimang cahaya mata kedua setelah isterinya, Arna Salleh bersalin anak perempuan.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah Isteri saya selamat melahirkan seorang anak perempuan. Ammara Dian Binti Amar Asyraf.

“Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu dan berdoa untuk kami,” tulisnya.

Amar dan Arna mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Taufik yang kini berusia lima tahun.