KBS berjaya kurangkan kos penganjuran FitMalaysia

Syed Saddiq (tengah) memanah belon sebagai gimik perasmian Pelancaran FitMalaysia Peringkat Zon Timur, di Dataran Batu Burok, di sini hari ini.
Syed Saddiq (tengah) memanah belon sebagai gimik perasmian Pelancaran FitMalaysia Peringkat Zon Timur, di Dataran Batu Burok, di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya mengurangkan kos penganjuran Program FitMalaysia dengan mengendalikan sendiri sepenuhnya berbanding melantik khidmat kontraktor swasta sebelum ini.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jika sebelum ini, purata RM1.3 juta dibelanjakan bagi setiap satu penganjuran program FitMalaysia, tetapi kini ianya hanya menelan belanja RM300,000 sahaja.

Beliau berkata, kualiti dan kemahiran yang diberikan kakitangan KBS juga sama sahaja dengan kontraktor swasta yang dilantik sebelum ini.

"Bermula tahun ini, kita gunakan penglibatan penjawat awam sepenuhnya dalam menjayakan program FitMalaysia. Mereka diberi tanggungjawab utama untuk menggerakkan program berskala besar bagi KBS.

"Sebenarnya kita lihat apabila diperkasakan cara ini, purata 1.3 juta setiap satu FitMalaysia dapat dikurangkan dan sekarang hanya RM300,000 sahaja.

"Malah kita lihat sama sahaja dari segi kualiti dan ini adalah kemenangan besar bagi kumpulan KBS," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata sedemikian selepas merasmikan Pelancaran FitMalaysia Peringkat Zon Timur, di Dataran Batu Burok.

Jelas Syed Saddiq, pihaknya akan mengeluarkan indeks budaya sukan pada setiap tahun bagi melakukan penambahbaikan atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan: