Hapuskan sistem pendidikan vernakular - Pas

Salamiah Md Nor
Salamiah Md Nor
A
A
A

KUANTAN - Pas mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md Nor berkata,ini kerana dasar terbabit tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

“Saya selaku wakil kepada Dewan Muslimat Pas menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan dan memberhentikan pendidikan vernakular.

“Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan kepada jurang persefahaman antara kaum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota hari ini.

Sebelum itu, Salamiah berkata, sistem pendidikan perlu diperkasakan supaya berjaya membentuk jati diri kepada anak-anak.

Artikel Berkaitan: