NEX bukti visi masa depan Vivo

A
A
A

VIVO Malaysia melancarkan Vivo NEX mengungguli inovasi reka bentuk, prestasi dan teknologi canggi dengan membawakan konsep baharu sepenuhnya untuk pengguna telefon pintar hari ini.

Sebagai keluaran premium Vivo, Vivo NEX yang dilengkapi teknologi unggul Ultra FullView Display Super Amoled 6.59 inci dengan ratio skrin ke badan sebanyak 91.24 peratus yang memberikan lebih banyak ruang kepada skrin.

No Image Caption

Kamera hadapan 8MP Elevating Front Camera pula tersembunyi di dalam badan dan hanya keluar selama 1 saat untuk memboleh pengguna merakam swafoto sempurna.

Selain itu, NEX juga menggantikan speakernya dengan teknologi Screen SoundCasting yang menukar skrin kepada speaker. Teknologi tersebut bukan saja mengurangkan bezel atas, ia juga meningkatkan kualiti bunyi dengan bass yang lebih kuat dan treble yang lebih lembut. Untuk mengurangkan lagi bezel, NEX menggunapakai teknologi In-Display Fingerprint Scanning yang menyembunyikan sensor cap jari pada skrin yang kini dipertingkatkan dari segi ketepatan dan kelajuan cap jari selepas kejayaan Vivo X20UD dan X21.

Keupayaan AI untuk pengalaman lebih pintar

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Teknologi AI yang disertakan Vivo benar-benar menjadikan telefon pintarnya pintar. NEX menampilkan butang kiri AI Button untuk pembantu AI Jovi yang berdedikasi untuk setiap perkhidmatan AI termasuk Google Assistant dan Google Lens. Semua perkhidmatan tersebut disokong oleh enjin AI terbaru Vivo yang dilipat gandakan berbanding pemprosesan sebelumnya. Google Assistant mampu membantu kegiatan seharian seperti navigasi peta, perbelanjaan atas talian, pengaturan perjalanan, muzik, video dan media sosial manakala Google Lens disokong oleh algoritma pembelajaran mendalam yang membantu pengguna untuk memberikan hasil carian yang diingini.

Rakam foto hebat dengan Ai Photography

No Image Caption

NEX telah menaik taraf kameranya dengan lensa Sony IMX363 generasi baharu dan 4-axis Optical Image Stabilization (OIS) berketepatan tinggu yang digabungkan dengan Electronic Image Stabilization (EIS). Menggunakan ciri-ciri AI Photography seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters dan AI Portrait Framing, NEX membantu penggunanya untuk merakamkan kenangan hebat dalam pelbagai situasi persekitaran.

Prestasi menakjubkan

No Image Caption

Dilengkapi cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 dan 8GB RAM, NEX semestinya mampu memainkan permainan video kegemaran ramai tanpa sebarang masalah. NEX juga dilengkapi Adreno 630 Graphic Processing Unit yang 30 peratus lebih berkuasa dari unit pemprosesan sebelumnya, serta kini lebih cekap dalam menguruskan tenaga bateri untuk keperluan hiburan.

Pelancaran Vivo NEX merupakan satu lagi pencapaian hebat dalam industri. Dari menjadi jenama pertama meletakkan cip audio Hi-Fi di dalam telefon pintar, melancarkan telefon pintar paling nipis, yang pertama menggunakan pengimbas cap jari di sebalik paparan dan Vivo masih tidak berhenti merevolusikan dan memandu pengguna ke aras yang baru. Vivo NEX adalah bukti dedikasi Vivo dalam menguji had dan memecahkan tradisi industri.

Vivo kembali dengan Vivo 11 dan V11i

No Image Caption

Vivo sentiasa mengambil berat dengan kemahuan terkini dan kembali dengan perkhidmatan dan pengalaman yang berkualiti. Untuk menghargai para pelanggan yang menyokong Vivo, Vivo memperkenalkan siri V11 dan V11i terbaru kepada pengguna di seluruh negara yang bakal memberikan mereka pengalaman menarik dalam teknologi In-Display Fingerprint Scanning dan kamera yang dilengkapi teknologi AI.

No Image Caption

Teknologi In-Display Fingerprint Scanning V11 memberikan anda cara yang lebih mudah untuk membuka kunci telefon anda melalui skrin.

Kedua-dua telefon boleh didapati dengan varian warna Starry Night dan Nebula dan V11i berada di Fairy Pink (edisi terhad) yang mungkin sesuai dengan keutamaan anda.

No Image Caption

V11 dilengkapi skrin paparan Super Amoled dan kedua-dua V11 dan V11i dilengkapi dengan paparan Halo FullView Display.

Selain itu, V11 datang dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM manakala V11i dilengkapi dengan MediaTek P60 dan 4GB RAM.

No Image Caption

Kedua-dua telefon menyediakan ROM 128GB yang memberikan anda ruang simpanan yang lebih besar.

Harga jualan semasa untuk V11 dan V11i masing-masing adalah RM1,699 dan RM1,099.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web vivo Store atau vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my).

#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #NEX #AICamera #WeGotTheNight