Kafa perlu segerakan EGM

Kamaruddin (kiri) menyerahkan memorandum desakan EGM tersebut kepada Ariff di pejabat Kafa di sini.
Kamaruddin (kiri) menyerahkan memorandum desakan EGM tersebut kepada Ariff di pejabat Kafa di sini.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) digesa untuk mempercepatkan pelaksanaan Kongres Agung Luar Biasa (EGM) bagi membuat keputusan pengganti kepada Bekas Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan yang melepaskan jawatannya kelmarin.

Perkara tersebut disuarakan Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) Tanah Merah, Kamaruddin Mohamad semasa menyerahkan memorandum desakan tersebut kepada Setiausaha Eksekutif Kafa, Ariff Hassan di pejabat Kafa, di sini.

Menurutnya, amat penting untuk Kafa mempercepatkan EGM bagi memastikan semua urusan yang berkaitan Kafa yang telah dirancang sebelum ini dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Kami tidak bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak, namun kita bertindak atas ketidakmampuan beliau (Bibi) menguruskan Kafa. Bagaimanapun, kita ucapkan terima kasih di atas komitmen beliau terutamanya menggunakan dananya sendiri untuk gerakkan pasukan.

“Namun beliau dilihat tidak berkemampuan lagi untuk menguruskan Kafa. Tambahan pula berlakunya kemeruduman kecemerlangan pasukan.

“Oleh sebab itu PBJ ambil keputusan untuk ubah pucuk kepimpinan supaya dapat diberikan peluang kepada mereka yang boleh membantu mengembalikan kegemilangan The Red Warrior (TRW),” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, ada beberapa individu yang dibayangkan akan membarisi calon presiden kali ini, namun ‘tidak manis’ jika ia diumumkan ketika ini dan lebih elok ia disenaraikan semasa EGM nanti.

Beliau yang turut mewakili tujuh PBJ lain memberitahu, pihaknya telah menilai calon-calon yang bakal menggantikan Bibi dan percaya mereka dapat mengubah TRW menjadi lebih baik.

Artikel Berkaitan: