Perjuangan Islam tak akan terhenti

Dr Mahfodz
Dr Mahfodz
A
A
A

KUANTAN - Perjuangan Islam tidak akan terhenti walaupun setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun lalu.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebaliknya perjuangan Islam akan terus dipikul oleh umat dalam memperjuangkan kebenaran sehingga diberikan kemenangan atau syahid di jalan ALLAH.

“Perjuangan Islam tidak terhenti dengan wafatnya para rasul tetapi ia akan tetap terus dipikul oleh umat sehingga hari kiamat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas kali ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota hari ini.

Dr Mahfodz berkata, kewujudan kelompok yang memperjuangkan kebenaran sentiasa ada kerana mereka ini mahukan kebenaran dalam Islam.

Katanya, malah perjuangan kelompok ini mampu memberkikan mereka kemenangan ataupun mereka syahid di jalan ALLAH SWT.

“Baginda Rasulullah SAW memberi jaminan akan terus wujud kelompok manusia yang memperjuangkan kebenaran tanpa rasa gerun dan tidak sekali-kali tunduk kepada musuh.

“Kelompok perjuangan tersebut terus istiqamah sehingga Allah mengurniakan mereka kemenangan atau mereka beroleh syahid di sisi Allah SWT,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas kali ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Putera, Kuantan.

Persidangan tersebut dihadiri kira-kira 680 perwakilan dari 151 Pas kawasan dan dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Turut hadir, Exco Wanita UMNO, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan beberapa NGO termasuk Pertubuhan Himpunan Lepasan Intitusi Pendidikan Malaysia (Halaun) dan Ikatan Muslim Malaysia (Isma).