Empat dalang tembak jatuh MH17 didakwa membunuh

Igor Gerkin, Sergey Dubinsky, Oieg Pulatov dari Rusia manakala Leonid Kharchenko warganegara Ukraine dinamakan sebagai dalang utama insiden MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada tahun 2014. - AFP
A
A

NIEUWEGEIN - Tiga warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine dikenal pasti sebagai perancang utama insiden Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014.

Ia didedahkan menerusi laporan Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) yang menyiasat insiden berkenaan dalam satu sidang media di Belanda hari ini.

“Semua suspek bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) dari puak pemisah Donetsk People’s Republic ketika kejadian.

“Igor Girkin digelar ‘Menteri Pertahanan’ untuk wilayah Donetsk,” katanya.

JIT berkata, tiga daripada suspek aktif dalam gerakan bersenjata.

Sementara itu, menurut anggota keluarga mangsa kesemua suspek yang didakwa atas tuduhan membunuh akan dibicarakan seawal tahun depan.

“Kes mahkamah ke atas empat suspek itu akan bermula pada 9 Mac 2020 yang didakwa membunuh semua penumpang pesawat berkenaan," kata Silene Fredriksz, ibu kepada anak lelaki dan menantunya yang terbunuh dalam nahas terbabit.

Fredriksz memberitahu wartawan selepas anggota keluarga diberi taklimat berkenaan dakwaan itu.

Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh. Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat perancang utama MH17 dikenal pasti

Keluarga mangsa MH17 tuduh Putin dalang sebenar tragedi

Suspek utama MH17 nafi penglibatan pemberontak Ukraine

Info ringkas suspek perancang tembak MH17


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia