Mesir tuduh PBB politikkan kematian Mursi

Mursi meninggal dunia ketika dibicarakan di mahkamah pada Isnin lalu.
Mursi meninggal dunia ketika dibicarakan di mahkamah pada Isnin lalu.
A
A
A

KAHERAH - Kerajaan Mesir menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat kematian bekas Presiden Mohammed Mursi.

Mursi meninggal dunia ketika dibicarakan di mahkamah pada Isnin lalu.

Susulan itu, PBB menerusi wakil Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusianya, Rupert Colville menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas kematian Mursi ketika dalam tahanan.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Ahmed Hafez menuduh PBB sengaja mempolitikkan kematian tokoh tertinggi Ikhwanul Muslimin itu. "Ini satu percubaan yang sengaja untuk mempolitikkan kes kematian semula jadi," katanya.

Mursi adalah Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik pada 2012 susulan kebangkitan Arab, digulingkan oleh tentera diketuai Abdel Fattah al-Sisi pada 2013, hanya setahun selepas memimpin.

Jenazah Mursi dikebumikan di tanah perkuburan awam Al-Wafaa Wa al-Amal, bandar Nasr, timur Kaherah di sisi tokoh kanan gerakan Ikhwanul Muslimin yang lain.

Pengebumian Mursi hanya dihadiri ahli keluarga terdekat selepas pihak berkuasa enggan memberi kebenaran pengebumian di kampung halamannya di wilayah Sharqiya, terletak di Delta Nil. - Agensi

Artikel Berkaitan: