Polis rakam percakapan 10 saksi

Pendedahan oleh empat bekas pekerja Pusat Jagaan Warga Emas dan Terapi Fitrah. (Gambar kecil: Berita tular mengenai 'Pusat Jagaan Warga Emas Seremban Neraka' di laman sosial.)
Pendedahan oleh empat bekas pekerja Pusat Jagaan Warga Emas dan Terapi Fitrah. (Gambar kecil: Berita tular mengenai 'Pusat Jagaan Warga Emas Seremban Neraka' di laman sosial.)
A
A
A

SEREMBAN - Polis telah merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berlaku pengabaian dan penderaan di pusat jagaan warga emas di Seremban 3 di sini.

Asisten Komisioner, Thiew Hock Poh berkata, setakat ini tujuh laporan polis telah diterima berkaitan isu tidak puas hati terhadap pihak pengurusan premis berkenaan.merakam percakapan 10 saksi

"Pada Isnin lalu, jam lebih kurang 4.35 petang, polis terima laporan daripada seorang pengadu perempuan berusia 34 tahun.

"Pengadu beritahu telah terima pesanan melalui aplikasi WhatsApp dari bekas pekerja pusat jagaan itu yang berlaku kes penderaan ke atas penghuni premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, laporan polis itu juga adalah rentetan daripada sebuah rakaman video yang tular di laman sosial mengenai kelakuan seorang wanita dipercayai penyelia premis berkenaan yang sedang membuli seorang perempuan warga emas.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 351 / 352 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Dikurung, disepak dan minum air kencing...

Artikel Berkaitan: