Seorang wanita maut nahas enam kenderaan

Keadaan kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di hadapan Stesen Minyak Petronas PKNK, Jalan Tun Razak pagi tadi.
Keadaan kemalangan melibatkan enam buah kenderaan di hadapan Stesen Minyak Petronas PKNK, Jalan Tun Razak pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan enam buah kenderaan di hadapan Stesen Minyak Petronas PKNK, Jalan Tun Razak dekat sini kira-kira jam 11.44 pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Tuan Zamani Ismail berkata, wanita maut tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Menurutnya, dalam kejadian itu juga seorang lagi wanita cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh ambulans termasuk empat lagi yang cedera ringan dihantar oleh orang awam.

"Pada jam 11:44 pagi, kami terima kes kemalangan jalan raya melibatkan enam buah kenderaan di hadapan Stesen Minyak Petronas PKNK di mana terdapat dua mangsa tersepit.

"Maklumat awal, satu mangsa iaitu seorang wanita telah meninggal, satu wanita menghadapi cedera parah dan difahamkan empat cedera ringan dalam kemalangan berkenaan," katanya.

Kemalangan menyebabkan aliran trafik terganggu buat sementara waktu.
Kemalangan menyebabkan aliran trafik terganggu buat sementara waktu.

Tambahnya, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta Kancil, sebuah kereta Toyota Fortune, sebuah Hyundai, sebuah Honda CRV dan sebuah Ford.

"Empat mangsa lagi dimaklumkan cedera dan mereka dibawa oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya.

Artikel Berkaitan: