Pas bukan parti bersifat ‘sendiri’: Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
Tuan Ibrahim Tuan Man - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUANTAN - Pas bukan parti yang bersikap inklusif yang tidak bercampur dengan parti lain.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebaliknya parti Islam itu sedia membuka ruang untuk bekerjasama dengan parti lain terutamanya UMNO demi penyatuan ummah.

Beliau bagaimanapun berkata, permuafakatan antara Pas dengan parti politik di negara ini bukan perkara baharu.

"Kita telah bekerjasama dengan hampir semua parti politik di negara ini antaranya UMNO dan BN, PKR dan juga DAP.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi Islam Pemuda Pas terbuka kerjasama dengan sesiapa sahaja

"Ini bermaksud bahawa Pas bukan parti yang bersikap inklusif atau bersikap kita sendiri, tetapi sedia membuka ruang (kerjasama) dengan sesiapa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.

Jelasnya, dalam kerjasama yang diwujudkan tersebut, Pas berpegang kepada prinsip parti itu mesti dihormati dan berpandukan dasar politik masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Muafakat kita (Pas) selepas PRU14 kita bersama dengan UMNO dan BN," katanya.