JAIM pantau Makam Datuk Rimau Kambing

Azhan Md Samat
Azhan Md Samat
A
A
A

MELAKA TENGAH - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akan memindahkan mana-mana kubur lama yang berkeperluan sekiranya wujud aktiviti khurafat di kawasan itu.

Pengarahnya, Azhan Md Samat berkata, bagaimanapun bagi kes Makam Datuk Rimau Kambing di Melaka Pindah, Alor Gajah, pihaknya pernah turun ke lokasi terbabit namun belum terserempak dengan individu yang melakukan perkara yang menyeleweng dari ajaran agama Islam seperti aktiviti pemujaan.

Menurutnya, dalam masa yang sama pihaknya juga akan berusaha mencari waris kubur berkenaan dan meneruskan pemantauan supaya tidak berlaku aktiviti bercanggah dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Sekiranya wajar, kami akan gali dan pindahkan kubur lama ataupun makam itu ke tempat lain yang lebih sesuai, sekali gus mengelakkan berlaku aktiviti yang tidak diingini.

ARTIKEL BERKAITAN: Makam Datuk Kambing dipercayai jadi lokasi aktiviti pemujaan

"JAIM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan selaras dengan peruntukan sedia ada kepada individu yang mengamalkan pemujaan di kawasan tersebut," katanya ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian mengenai kubur lama, yang dikenali sebagai Makam Datuk Rimau Kambing yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti khurafat berdasarkan keadaan sekitar kubur itu yang terdapat colok dan juga makanan.

Terdahulu, Pengerusi Majlis Perwakilan Komuniti Kampung Melaka Pindah, Alias Nayan kesal aktiviti berkenaan berlaku dan sebagai pengerusi kampung yang baharu di bawah kerajaan PH pihaknya berharap makam yang didirikan atas tanah persendirian itu dapat dibersihkan daripada segala aktiviti yang tidak sihat.

"Malah ada juga kaum agama lain yang pernah membawa kambing bagi tujuan aktiviti itu dan saya mahu nama Kampung Melaka Pindah dijauhi aktiviti sedemikian," katanya.

Artikel Berkaitan: