Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang suami bertindak menikam isterinya dengan sebilah pisau di sebuah rumah kongsi pekerja di Jalan Teluk Likas, di sini semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun maut selepas ditikam sebanyak dua kali di belakang badan oleh suaminya yang berusia 59 tahun.

Katanya, polis menerima maklumat kejadian berkenaan jam 2.49 pagi dan sebaik sampai di tempat kejadian polis menemui seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dan dalam keadaan tidak sedar di dalam rumah berkenaan.

"Selepas menikam isterinya, lelaki itu telah menikam dirinya sendiri dipercayai untuk membunuh diri namun berjaya digagalkan oleh pihak polis dan ditahan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya lelaki itu juga turut bertindak membakar rumah kongsi berkenaan namun berjaya dipadamkan dengan bantuan pihak bomba.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

Artikel Berkaitan: