Dua lelaki dicari bantu siasatan kes culik, samun

Dari kiri: Lim Tze Loon dicari membantu siasatan kes culik yang dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu di Taman Sentosa Klang dan Muhammad Khussaini Dulmat dicari selepas dikenal pasti terlibat dalam kes samun ragut pada 25 Mei lalu di Bandar Bukit Tinggi Klang.

A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes culik dan samun yang dilaporkan berlaku di daerah ini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, individu pertama adalah Lim Tze Loon berusia 36 tahun dengan alamat 21 Lebuh Rambai 8, Paya Terubong –Ayer Itam, Ayer Itam, Pulau Pinang.

"Lelaki ini dicari bagi membantu siasatan kes culik yang dilaporkan berlaku pada 9 Mei lalu di Taman Sentosa Klang," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Tambahnya, manakala individu kedua ialah Muhammad Khussaini Dulmat, 24, beralamat di No 43B Kg Sri Andalas Batu 13, Jalan Klang Puchong, Puchong, Selangor.

Katanya, lelaki ini dicari selepas dikenal pasti terlibat dalam kes samun ragut pada 25 Mei lalu di Bandar Bukit Tinggi Klang.

"Orang yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: