Warga emas maut dirempuh kereta

Keadaan kereta dan motosikal yang rosak teruk akibat kemalangan.
Keadaan kereta dan motosikal yang rosak teruk akibat kemalangan.
A
A
A

GUAR CHEMPEDAK - Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Batu 17 jam 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Yan, Deputi Superintendan, Shahnaz Akhtar berkata, pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan dari Guar Chempedak menghala ke Alor Setar dipercayai gagal mengelak dan merempuh mangsa, Yub Hussain, 80, yang ketika itu keluar simpang untuk melintas dari kanan ke kiri jalan.

"Oleh kerana jarak terlalu dekat pemandu kereta, Muhammad Firdaus Mohd Noor tidak dapat mengelak lalu berlaku pelanggaran dengan motosikal berkenaan," katanya.

Menurut Shahnaz, akibat kemalangan tersebut Yub telah meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Yan untuk bedah siasat.

Kereta yang dipandu Muhammad Firdaus mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: