Azmin sambut baik sokongan Pas supaya tenang hadapi politik kotor

Azmin Ali - Foto Bernama
Azmin Ali - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyambut baik sokongan diberikan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya beliau tenang berhadapan fitnah dan politik kotor.

Menurutnya, beliau menghargai pandangan bernas Timbalan Presiden Pas itu yang menolak budaya politik kotor dan menganggap ia dilakukan sebagai cubaan untuk mengalih perhatian orang ramai daripada keadaan semasa.

“Terima kasih atas nasihat untuk terus sabar berdepan fitnah. Insha-ALLAH saya kekal tenang. #MEA,” katanya menerusi satu hantaran di akaun twitternya disini hari ini.

Mohamed Azmin turut berkongsi kenyataan Tuan Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan penyebaran video itu adalah sebahagian daripada strategi mengalihkan perhatian rakyat daripada kedudukan ekonomi semasa.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim meminta Mohamed Azmin banyak bersabar menghadapi dakwaan tersebut dan tidak lupa mendekatkan diri kepada ALLAH.

Artikel Berkaitan: