Sajat perlu tampil mohon maaf dalam masa 48 jam: Yusmiliati

Yusmiliati Mohamed Yusof membuat sidang media berkenaan dengan penuntutan permohonan maaf. -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Yusmiliati Mohamed Yusof membuat sidang media berkenaan dengan penuntutan permohonan maaf. -Foto Sinar Harian Zahid Izzani
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Seorang wanita dikenali Yusmiliati Mohamed Yusof, 33, menuntut permohonan maaf daripada Muhammad Sajjad Bin Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat dan pembantunya, Ashaari Bin Maznan.

Menurutnya, Sajat perlu membuat permohonan maaf dalam masa 48 jam berhubung tuduhan palsu melibatkan dokumen pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

Yusmiliati Mohamed Yusof - Foto Sinar Harian Zahid Izzani
Yusmiliati Mohamed Yusof - Foto Sinar Harian Zahid Izzani

“Saya telah dianiayai dan dituduh sebagai penipu oleh beliau sedangkan saya telah melaksanakan permohonan tersebut seperti mana diarahkan beliau.

“Saya juga telah melaksanakan mengikut prosedur permohonan di JPNM dan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memenuhi keperluan setiap dokumentasi yang ditetapkan oleh JPNM dalam permohonan itu.

“Malah, proses permohonan pertukaran jantina tersebut tak dapat diproses atas alasan ketiadaan surat daripada doktor yang mengesahkan beliau adalah seorang khunsa. Saya juga sudah serahkan kembali sebahagian daripada bayaran caj yang dibayar kepada beliau.

“Jadi, sekarang ini saya nak Sajat dan Ashaari membuat satu permohonan maaf kepada saya dalam masa 48 jam dari tarikh hari ini dalam bentuk bertulis dan dialamatkan kepada peguamcara saya serta satu video permohonan maaf oleh beliau sendiri yang akan dimuat naik di laman sosial secara terbuka,” katanya di samping dua orang peguam mewakilinya iaitu Ahmad Faiq Bin Azizan dan Mohd Amirul Bin Ramli.

Satu sidang media telah diadakan di ibu pejabat Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profirma), Taman Permata, Kuala Lumpur, petang Isnin.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, wanita tersebut turut memberitahu, video itu mestilah boleh dan bebas untuk dikongsikan oleh rakan media, blogger dan juga orang ramai.

Seandainya Sajat gagal, cuai atau abai untuk membuat satu permohonan maaf tersebut, pihaknya akan meneruskan dengan tindakan sivil terhadap beliau di mahkamah.

Terdahulu, Sajat telah berjumpa dengan wanita tersebut untuk tujuan permohonan pertukaran jantina pada kad pengenalan di kediaman rumahnya di Ampang dan menyerahkan segala dokumen berkaitan.

Pada 30 September 2017 dan 13 Oktober, JPNM telah menghantar surat salinan kepada Sajat menyatakan bahawa permohonan tersebut telah ditolak kerana permohongagal untuk melampirkan satu lampiran surat pengesahan jantinan seorang khunsa daripada doktor.