Kelantan tidak sedia ruang merokok di tempat awam

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak akan menyediakan ruang khas merokok di tempat awam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Dr Izani Husin berkata, keputusan tersebut sebagai inisiatif dalam menyatakan sokongan terhadap larangan merokok di kedai makan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, ia juga selari dengan usaha Kelantan untuk mendidik masyarakat supaya tidak merokok di kawasan awam menerusi pewartaan Zon Kempen Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (Ikbar) seluruh negeri.

“Ikbar yang dibuat sejak 2014 tertumpu di lokasi popular antaranya di tempat pelancongan, pasar raya, masjid dan pejabat kerajaan.

“Kita juga mengambil inisiatif yang sama dalam menyatakan sokongan terhadap larangan merokok di kedai makan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika Sidang DUN Kelantan hari pertama, pagi tadi.

Izani berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Ramli Mamat (Pas- Bunut Payong) mengenai sejauh mana kerajaan berpuas hati dengan penguatkuasaan larangan merokok di kawasan yang digazetkan.

Ramli turut meminta agar kerajaan menyatakan kawasan larangan dan tindakan saman yang diambil dalam penguatkuasaan tersebut.

Menjawab soalan berkenaan Izani berkata, kerajaan negeri mengeluarkan 180 kompaun kepada perokok yang didapati melakukan kesalahan dan pihaknya melakukan168 penguatkuasaan sepanjang tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Izani turut mengakui, kerajaan belum berpuas hati dengan penguatkuasaan yang dibuat namun komited untuk terus mendidik masyarakat mengenai bahaya asap rokok terhadap perokok pasif dan aktif.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan melalui KKM menguatkuasa larangan merokok di kedai makan sejak 1 Januari lalu.

Ia sebahagian daripada usaha kerajaan menjadikan rakyat di negara ini sebagai masyarakat maju yang bertamadun menjelang 2020.

ARTIKEL BERKAITAN Tempoh pendidikan larangan merokok di tempat makan dilanjut lagi