Perkasa TVET, lahir lebih ramai tenaga mahir

Mahfuz (berdiri, tengah) menyaksikan majlis MoU antara JTM dan UMK di Bachok hari ini.
Mahfuz (berdiri, tengah) menyaksikan majlis MoU antara JTM dan UMK di Bachok hari ini.
A
A
A

BACHOK - Kerjasama universiti awam dan swasta dengan Jabatan Tenaga Manusia bukan sahaja memperkasakan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), malah ia mampu meningkatkan peratusan pekerja mahir sehingga mencapai 35 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerjasama strategik itu juga menjadikan pembangunan TVET negara ini berkualiti tinggi.

Katanya, ia selaras dengan usaha Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menghadapi Gelombang Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0).

"Kita tidak boleh tertinggal jauh dengan negara maju dan buka akses seluasnya kepada graduan untuk mencipta peluang pekerjaan dan produk baharu.

"Kita tidak mahu graduan kita berpuas hati dengan menjadi kuli sahaja sedangkan mereka mampu menjadi perintis dalam bidang keusahawanan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JTM dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) hari ini.

MoU untuk tempoh tiga tahun itu bakal memberi peluang kepada graduan Diploma Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi di UMK.

Artikel Berkaitan: