Kanak-kanak orang asli Bateq meninggal dunia

Nasri meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di ICU HRPZ II.
Nasri meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di ICU HRPZ II.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak orang asli suku kaum Bateq yang berusia tiga tahun meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini petang semalam.

Nasri Rosli meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) hospital berkenaan.

Perkara tersebut disahkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy.

Beliau berkata, berita sedih itu diterima dan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa orang asli suku kaum Batek dari Kuala Koh yang telah meninggal dunia meningkat kepada 15 orang.

“Unit Forensik HRPZ II akan melakukan bedah siasat untuk mengesahkan sebab kematian.

“Pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menguruskan bantuan kepada keluarga adik Nasri.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nasri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Sah orang asli Bateq maut akibat pneumonia

Artikel Berkaitan:

Kesemua mayat orang asli Bateq ditemukan