Itali benarkan 10 migran turun dari kapal

Kapal penyelamat Sea-Watch 3 menyelamatkan kira-kira 53 migran di luar pantai Libya pada Rabu lalu.
Kapal penyelamat Sea-Watch 3 menyelamatkan kira-kira 53 migran di luar pantai Libya pada Rabu lalu.
A
A
A

ROM - Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini semalam membenarkan 10 migran meninggalkan kapal penyelamat Sea-Watch 3.

Kesemua mereka termasuk dua wanita hamil dibenarkan turun di Pulau Lampedusa yang terletak antara tanah besar Itali dan pantai Afrika Utara.

“Kumpulan itu juga terdiri antara tiga kanak-kanak dan dua lelaki sakit,” lapor media tempatan memetik kenyataan sumber Kementerian Dalam Negeri.

Difahamkan, kesemua mereka adalah antara 53 migran yang diselamatkan Sea-Watch 3 di luar pantai Libya pada Rabu lalu.

Sehari selepas itu, Salvini yang terkenal dengan sentimen antimigran mengarahkan penguatkuasa undang-undang Itali menyekat bot terbabit memasuki perairan Itali.

Menerusi Twitter, pemimpin berhaluan kanan tersebut memaklumkan beliau telah menandatangani larangan masuk, transit dan berlabuh ke atas Sea-Watch 3 di perairan Itali seperti ditetapkan Surat Ketetapan Keselamatan.

Di bawah dekri tersebut, kapten, pemilik dan pengendali kapal boleh didenda sehingga 50,000 euro (RM234,160) jika memasuki perairan Itali tanpa kebenaran. - Agensi

Artikel Berkaitan: