Perang retorik Trump-Sadiq Khan berterusan

Trump (kiri) dengan lantang melancarkan serangan retorik baharu ke atas Khan.
Trump (kiri) dengan lantang melancarkan serangan retorik baharu ke atas Khan.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam melancarkan serangan retorik baharu ke atas Datuk Bandar London, Sadiq Khan.

Menerusi Twitter, Trump dengan lantang mengkritik Khan sebagai respons terhadap tweet seorang kolumnis anti-Islam, Katie Hopkins yang menyebut tentang jenayah di London dengan gelaran ‘Khan’s Londonistan’.

“London memerlukan Datuk Bandar baharu secepat mungkin. Khan adalah ‘bencana’ dan hanya akan memburukkan lagi keadaan!” katanya yang turut menuduh Khan memusnahkan bandar terbabit.

Perang retorik antara mereka tercetus selepas Khan mengecam layanan ‘permaidani merah’ yang diberikan kepada Trump sempena lawatan beliau.

Kritikan itu menyebabkan pesawat membawa Trump tidak mendarat di London ketika mahu memulakan lawatan ke Britain pada awal bulan lalu.

Trump turut mengejek Khan dengan menyatakan beliau sepatutnya memfokuskan tentang jenayah di London berbanding dirinya.

Datuk bandar pertama beragama Islam itu juga dengan lantang membandingkan jutawan hartanah itu dengan pemimpin diktator Eropah pada 1930-an dan 1940-an. - Agensi

Artikel Berkaitan: