Wan Azizah simpati dengan Azmin

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) berkata sesuatu kepada Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari (kanan) ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan menzahirkan rasa simpati terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri yang difitnah dengan skandal video.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, ini kerana keluarganya dahulu juga pernah melalui situasi hampir sama.

"Saya simpati kerana dulu keluarga kami yang menjalani liku-liku hidup ini," katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pandan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Ditanya sama ada penyebaran video itu bertujuan memecah belahkan PKR, Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR berkata, beliau menyerahkannya kepada siasatan polis.

Katanya lagi, kerajaan ketika ini perlu menumpukan kepada usaha pembangunan negara berbanding skandal video.

"Saya tak nak fikir (isu video) kerana kita nak bangunkan negara. Biarlah kita cakap mengenai perkara yang lebih besar," katanya.

Sebelum ini, Ketua AMK Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengaku terlibat dalam video dengan seorang lagi individu didakwa menteri Kabinet.

Artikel Berkaitan: