Anak dijel setahun cederakan ibu

Tertuduh, Muhammad Shah Rizan dijatuhi hukuman setahun penjara selepas mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh, Muhammad Shah Rizan dijatuhi hukuman setahun penjara selepas mengaku salah sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya, di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang anak dijatuhi hukuman setahun penjara di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibu kandungnya.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Shah Rizan Mohd Ghazali, 23, dari Seberang Takir, Kuala Nerus mengaku salah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya, Zawati Ariffin, 50, di sebuah rumah di Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, kira-kira jam satu tengahari, pada 30 Mei lalu.

Dengan itu, tertuduh boleh dipenjara bagi tempoh setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Manakala, penjara boleh sampai dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan Seksyen 323 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan bagi Seksyen 326(a) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Ridhuan Mohimadin dihadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan faka kes, semasa sedang berehat bersama anak perempuannya, mangsa dikejutkan dengan kepulangan tertuduh dalam keadaan marah-marah sebelum menyepak muka anak perempuannya (adik tertuduh) berkali-kali tanpa diketahui punca.

Mangsa membawa anak perempuannya menyelamatkan diri bersembunyi di dalam bilik sebelum bertindak mengunci dan menahan pintu itu daripada dipecah masuk oleh tertuduh.

Artikel Berkaitan:

Namun tertuduh yang semakin naik hantu selepas mangsa masuk campur menyelamatkan adiknya bertindak menendang pintu tersebut sekuat hati sehinggalah terbuka.

Akibat tindakan itu, mangsa yang ketika itu sedang menahan pintu terjatuh. Akibat kejadian wanita itu mengalami kecederaan luka di kaki dan jari sebelum dihantar mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini.