PRU15: Kerjasama UMNO-Pas bakal beri kesan

Wan Rosdy menandatangani plak sempena perasmian menaik taraf Bangunan UMNO Bahagian Temerloh sempena majlis perasmian persidangan UMNO bahagian itu di sini, hari ini.
Wan Rosdy menandatangani plak sempena perasmian menaik taraf Bangunan UMNO Bahagian Temerloh sempena majlis perasmian persidangan UMNO bahagian itu di sini, hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Kerjasama antara UMNO dan Pas dilihat dapat memberikan kesan signifikan dalam usaha menumbangkan kerajaan PH pada PRU-15 nanti.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau optimis kerjasama dua parti terbesar Melayu itu akan memastikan kemenangan dalam PRU akan datang.

Menurutnya, UMNO Pahang menyambut kerjasama dua parti itu secara positif dalam misi menumbangkan kerajaan PH.

"Kita saling memerlukan antara satu sama lain malah kerjasama UMNO dan Pas memang sudah terjalin dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Temerloh di Dewan Datuk Abdullah Kia di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Pemuda UMNO Temerloh, Azril Rizal Yusoh Mohd Sarit, Ketua Wanita bahagian, Datuk Juhanis Abd Aziz dan Ketua Puteri UMNO Bahagian, Nurul Aslina Saman.

Artikel Berkaitan: