Zon merah masih berkuat kuasa

Hasanuddin (tengah) beramah mesra dengsn anggotanya selepas Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan hari ini.
Hasanuddin (tengah) beramah mesra dengsn anggotanya selepas Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Orang ramai masih belum dibenarkan memasuki kawasan Kuala Koh berikutan pengisyhtiharan zon merah masih berkuatkuasa sejak 12 Jun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, Operasi Bateq masih diteruskan sehingga suatu tempoh yang tidak dapat dipastikan.

Beliau berkata, pihak polis hanya membantu menjalankan tugas dan sebarang arahan berkaitan keselamatan dan kesihatan memerlukan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan.

“Kita hanya bantu dan kementerian yang akan tentukan. Kami tak pasti ia virus atau apa tetapi kami anggap ia wabak yang boleh membawa kematian.

“Justeru, zon merah ini akan diteruskan berdasarkan Majlis Keselamatan Negara, Arahan 20 yang menyatakan bahawa seandainya berlaku di satu-satu kawasan contohnya boleh mencetus dan merebaknya satu wabak, ia adalah lingkaran zon merah (bahaya).

"Bila zon merah ini akan ditamatkan kita tak tahu sehingga diberikan arahan oleh pihak berkaitan,” katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata, Ops Bateq yang bermula beberapa hari lalu itu melibatkan 173 anggota polis dari seluruh Kelantan.

Hasanuddin amat berterima kasih kepada semua anggota yang komited membantu sepanjang operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, mengulas mengenai laporan mengenai lombong berhampiran perkampungan berkenaan, Hasanuddin berkata, pihaknya akan fokus terhadap siasatan mayat orang asli itu terlebih dahulu sebelum mengambil kira berkaitan laporan perihal lombong berkenaan di akhir siasatan nanti.