Tak perlu serang Pas untuk tutup masalah PH

Iskandar
Iskandar
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin serta ahli dari parti gabungan PH dinasihatkan supaya tidak menjadikan serangan ke atas Pas sebagai modal untuk menutup masalah yang sedang melanda parti itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan mereka membuat komen terhadap ucapan pemimpin Pas ketika muktamar yang bermula semalam disifatkan kerana mereka berasa tergugat.

“Saya melihat ramai pemimpin dan ahli dari parti gabungan PH yang membuat komen tentang Muktamar Pas yang bermula semalam di Pahang.

“Pada pandangan saya, serangan-serangan terhadap Pas terutamanya ke atas ucapan-ucapan pemimpin Pas timbul akibat rasa tidak selamat atau ‘insecure’ mereka.

“Ia dilakukan kerana mereka merasakan Pas adalah ancaman kepada hasrat mereka untuk terus kekal sebagai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, meskipun ia sebagai satu bentuk serangan ke atas Pas, tindakan mereka adalah untuk mempertahankan diri atau bersifat ‘defensive’.

“Saya tidak ada masalah dengan serangan-serangan tersebut kerana ia hanya akan memberi publisiti kepada perjuangan Pas. Paling kurang rakyat Malaysia tahu Muktamar Pas sedang berlangsung walaupun tidak ramai yang tidak tahu.

“Tetapi nasihat saya kepada mereka adalah harap selesaikan masalah parti anda terlebih dahulu. Tidak perlu menyerang Pas untuk menutup masalah yang melanda parti anda. Rakyat Malaysia adalah rakyat yang cerdik,” katanya.

Artikel Berkaitan: