'Biar kepimpinan tertinggi tentukan'

Amirudin ketika hadir pada majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
Amirudin ketika hadir pada majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - "Biar kepimpinan tertinggi PKR tentukan." Itu reaksi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengenai status keahlian Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim yang didakwa bersama seorang menteri Kabinet.

Amirudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, perkara tersebut diserahkan kepada kepimpinan parti kerana kuasa tersebut terletak pada biro politik dan lembaga disiplin parti.

Jelasnya, mesyuarat Ahli MPP akan diadakan pada bulan depan namun menyatakan tidak mengetahui sama ada usul berkaitan penggantungan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

"Sekiranya parti ada merasakan perlu memanggil atau membuat keputusan dengan segera (berkaitan Haziq) tetapi proses perlu dilalui.

"Ia akan melalui proses tertentu dan untuk itu kita seharusnya hormati apa saja keputusan," katanya mengulas lanjut mengenai cadangan penggantungan keahlian Haziq dalam PKR.

Amirudin berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian pusat membeli belah Central i-City yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Artikel Berkaitan: