Video intim: Gesa siasat jika wujud campur tangan asing

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

KUANTAN - Pihak berkuasa digesa menyiasat sekiranya wujud campur tangan asing di negara ini berhubung penyebaran video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri kanan, Selasa lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perkara tersebut tidak mustahil memandangkan fahaman itu banyak mengajar budaya politik kotor.

"Kita bimbang ada campur tangan asing dalam urusan politik negara.. jadi sebolehnya kita minta supaya pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

"Kita tidak mahu wujudnya campur tangan asing dalam urusan politik negara," katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-59 di Pusat Konvensyen Bukit Gambang Resort City hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq di HKL, dijangka dibebaskan dengan jaminan polis

Selasa lalu, tular dalam laman sosial rakaman video intim membabitkan dua lelaki yang seorang daripadanya didakwa menteri kabinet.

Bagaimanapun, pada pagi Rabu, lelaki yang dikaitkan dengan video tersebut tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi itu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut berhubung video intim berkenaan, Abdul Hadi berkata, perkara itu perlu diserahkan kepada polis dan pihak berkuasa agama untuk melakukan siasatan lanjut.

Katanya, masih terlalu awal untuk jatuhkan hukuman tanpa adanya keputusan dalam penyiasatan.

“Kita perlu serah kepada penyiasat untuk menyiasat," katanya.