Shamsul Iskandar beri keterangan hampir lima jam

A
A
A

KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Polis mengambil keterangan Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi membantu siasatan melibatkan seorang lelaki, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang mengaitkan seorang menteri Kabinet.

Shamsul Iskandar berkata, beliau memberi keterangan selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, bermula 7.15 malam semalam.

Katanya, beliau dihubungi polis kelmarin bagi membantu siasatan berkenaan video yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet.

“Memberikan kerjasama kepada pihak polis berkenaan kes siasatan Haziq bermula 7.15 malam tadi (semalam). Sekarang hampir 11.15 malam. Masih bertahan dan sedang menelaah rakaman percakapan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Khamis lalu, Shamsul Iskandar pada sidang medianya menegaskan Haziq digantung tugas serta merta dan perlu menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari berakhir semalam.

Sekiranya gagal, kementerian akan menamatkan perkhidmatan Haziq.

Semalam Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan Haziq ditahan di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 6 petang sebelum dia berlepas ke Manila, Filipina.

Artikel Berkaitan: