Wabak ILI: Penduduk jangan panik

Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Aminuddin Harun
Laporan Sinar Harian semalam. Gambar kecil: Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Penduduk berhampiran Kampung Kendong Baru di Kota, Rembau tidak perlu panik dengan penularan wabak Influenza Like Illness (ILI) di rumah kongsi berhampiran ladang tembikai di kampung itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang tindakan dan penguatkuasaan yang diambil tidak akan mendatangkan ancaman terhadap penduduk sekitar.

“Saya nasihatkan kepada penduduk setempat tidak panik dan ikut segala nasihat pihak berkuasa, apa sahaja tindakan di situ serta apa yang berlaku tidak akan memberi masalah lebih-lebih lagi di kawasan itu.

“Kita akan dapatkan laporan penuh dan kita akan tangani perkara ini dengan kadar segera,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Kesihatan negeri mengesahkan seramai 14 orang asli yang juga penghuni rumah kongsi di kampung berkenaan positif ILI selepas pemeriksaan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun beliau menjelaskan gejala itu tiada kaitan dengan penularan wabak pneumonia membabitkan orang asli Bateq di Kuala Koh, Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: 14 orang asli di Rembau positif ILI

Artikel Berkaitan: