Kerajaan perlu aktifkan jawatankuasa teknikal NEHAP

Asran (kanan) semasa membuat lawatan ke kawasan Kuala Koh.
Asran (kanan) semasa membuat lawatan ke kawasan Kuala Koh.
A
A
A

KOTA BHARU - Armada Kelantan mahu kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan jawatankuasa teknikal Pelan Tindakan Kesihatan Persekitaran Kebangsaan (NEHAP) melibatkan isu orang asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Ketua Pemudanya, Asran Alias berkata, pihaknya yakin angka kematian orang asli di Kuala Koh sebenarnya melebihi daripada angka yang dilaporkan.

"Kami yakin, dengan penemuan mayat sebagaimana yang dilaporkan, tragedi ini telah berlaku dalam tempoh masa yang lama.

"Terdapat beberapa mayat yang sangat misteri seperti telah reput menunjukkan ianya bukan bermula pada Mei lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN

Mayat orang asli depan mata

Siasat wabak cetus kematian Orang Asli Bateq

Menurutnya, kajian impak sosial juga perlu dibuat oleh badan bebas bagi melihat punca sosial dan kesan akibat daripada kematian ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya juga mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang bertugas terutamanya untuk merungkai apakah yang berlaku di sebalik kejadian tersebut.

"Kita juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media sebab banyak membantu memberikan laporan yang menyeluruh melibatkan kes ini.

"Apa yang penting rakyat seluruh negara dapat maklumat tepat dan boleh membantu menghulurkan bantuan dan sebagainya," katanya.