Tiga beranak maut terperangkap dalam kebakaran

Kebakaran di sebuah rumah yang mengorbankan tiga beranak awal pagi tadi.
Kebakaran di sebuah rumah yang mengorbankan tiga beranak awal pagi tadi.
A
A
A

PETALING JAYA- Tiga beranak termasuk seorang wanita maut dalam kejadian kebakaran di Jalan PJS 6/2, Kampung Lindungan di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.47 pagi kesemua mangsa dikatakan terperangkap di tingkat atas rumah teres dua tingkat yang diubahsuai menjadi tiga tingkat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan BBP Subang tiba dilokasi 12 minit selepas menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan awal kebakaran dipercayai bermula di tingkat bawah rumah teres tiga tingkat berkeluasan 22 x 70 kaki persegi terbabit.

"Terdapat tiga penghuni iaitu dua lelaki berusia lingkungan 60-an dan 30-an dan seorang wanita berusia 50-an terperangkap di tingkat atas rumah terbabit.

"Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan hospital dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, tingkat bawah rumah terbabit musnah seratus peratus.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: