Anwar Ibrahim ucap terima kasih kepada Chong Wei

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada sidang media khas di Kementerian Belia dan Sukan hari ini.
- Foto Bernama
Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada sidang media khas di Kementerian Belia dan Sukan hari ini.
- Foto Bernama
A
A
A

KEPUTUSAN jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya selepas 19 tahun berjuang untuk nama Malaysia turut mendapat perhatian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laman sosial Facebook miliknya, Anwar menzahirkan sekalung penghargaan buat Chong Wei yang hari ini mengumumkan persaraannya.

"Terima kasih atas komitmen dan dedikasi beliau buat tanah air tercinta," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Chong Wei sah 'gantung raket'

Berita persaraan itu diumumkan sebentar tadi oleh Chong Wei bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan timbalannya, Steven Sim dan disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Berita persaraan itu diumumkan sebentar tadi oleh Chong Wei bersama-sama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Timbalannya, Steven Sim selain turut disertai Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Pada sidang akhbar dihadiri media tempatan dan luar negara tersebut, pemain berusia 36 tahun itu dalam nada sebak dan dilihat mengalirkan air mata, berkata ia adalah satu keputusan yang berat untuk dilakukan kerana beliau sangat sayangkan sukan badminton yang diceburinya sejak berusia 10 tahun.

"Hari ini, semua orang tahu saya mahu mengumumkan persaraan saya selepas 19 tahun dalam BAM. Memang berat untuk saya buat keputusan ini, kerana saya amat mencintai sukan ini. Tapi buat masa sekarang apa yang penting untuk saya sekarang adalah kesihatan saya.

Artikel Berkaitan:

"Saya berehat selama sebulan selepas pemeriksaan di Taiwan pada April dan berbincang dengan isteri saya dan keluarga mengenai keputusan ini. Saya juga berbincang dengan Datuk Norza dan YB Syed Saddiq, dan memutuskan untuk membuat pengumuman selepas Hari Raya," kongsinya.